I Believe..

Saturday, November 27, 2010

Cepat di Masak,Sedap di Makan!!!

8 cakap-cakap


Masak selama 3 MINIT,,campurkan perencah dan kacau perlahan-lahan,mee kini sedia untuk dihidangkan...sedappp gitu bila di makan kannn,,slurrrppp sana,slurrrppp sini....walaupun dah di ketahui yang mee segera ni tak baik untuk kesihatan,tapi rasanya bnda ni masih lagi menjadi makanan kegemaran sstengah orang...KHUSUSNYA pelajar(tmasuklah beta) amat memerlukan makanan ni sbgai pengganti kpd nasi..nak jimatla katakan..tabiat makan mee segera nii tk dpt nak di elakkan sbb rasanya idop tak lengkap tanpa mee segera..hehe..kita smua dah tahu kan mee segera ni mengandungi MSG iaitu message...ehhhh...bkan message tapi MONOSODIUM GLUTAMAT....penggunaan CIK MONO ni memang berleluasa,.tanpa CIK MONO,makanan tak sedap..kan,kan,kan..Aku dah cek dan periksa berat bersih setiap mee segera yang berlainan perisa dan jenama..rata-rata smua berbeza..ada yang berat bersih 85g,73g,78g dan byk lagi..sebenarnya mee segera ni tdak mengandungi sebarang khasiat, apalagi vitamin..bnda ni mengandungi WAX ,sbb tu bila di rebus,mee tak melekat ssma sndri kann..hmmmm..tapi mee segera memang sedap kann...

Friday, November 26, 2010

Masih ingatkah Aku?

6 cakap-cakap


Tekan2 salah password...tekan2 lagii salah password...aku sdah lupa password untuk FRIENDSTER aku ni..hehe..Email aku ingat tapi terlampau banyak password dalam idopku ni sampai terlupa password untuk friendster,.dah berapa abad aku tak buka sesumpah ni. Sungguh Lama rasanya..hehe. Semenjak munculnya uncle PESBUK, aunty FRIENDSTER dah pun di lupakan..huh!!! inilah rkyat malaysia..HABIS MADU,SEPAH DI BUANG..hehe..Buat masa sekarang ni orang-orang byk yang sebok berFB-Ing,tapi aku sebok berBeloging..hehehe..Skrang aku tak layan FB,aku bosan(yoolaatuu)..bak kata Agnes Monica, Tertutup sudah pintu,pintu hatiku.....hehehe..Doulu2 FRIENDSTER pernah menjadi keseronokan..tapi, semakin hari semakin tenggelam..byk btul saingan....ada twitter,my space dan byk lagi...akaun FRIENDSTER aku tu mmg aku langsung tak ingat password..lbih 50 kali aku terai tapi masih kluar "OPPPPSSS"...naik menyampah aku ngn budak 2 orang yg ada dlm login friendster tu..huhu..Hakikat dan Realitinya beta dah abaikan FRIENDSTER nii..skrang ni zaman kejatuhan friendster,terima ja laa..hehe.

Impianku......

10 cakap-cakap

Benda ni la menjadi salah satu impianku.Akanku pastikan,dirimu menjadi milikku wahai Canon 550D.Aku amat tertarik kepadamu wahai camera. Walaupun diriku tak mampu nak memiliki dirimu buat masa sekarang TAPI akanku pastikan suatu hari nanti dirimu bertuankan beta..hehe..Impian akan menjadi KENYATAAN!!..Tak mampu miliki sekarang Tapi tetap akanku tunggu di hari yang mendatang. Canon 550D ni Macho,Tampan dan Hensem bagi diriku hinggakan daku terpikat dan jatuh hati..hehe..Canon 550D ni 18.1 megapixel dan camera ni ada 6 imej komposisi iaitu standard,potrait,landscape,neutral monocrome dan faithful..Harga binatang jenis 550D ni RM 3113 untuk EOS 550D (EF S18-55 IS) dan RM 3888 untuk EOS 550D(EF S18-135 IS).....semoga diriku berjaya memiliki dirinya di masa akan datang..

Thursday, November 25, 2010

Pinjam 4 capture..sbb xmampu beli!

5 cakap-cakap

Disebabkan teringin sangat nak memakai benda tuu,kami pinjam ja la sekadar untuk ambl gambar..tu tak mampu beli,.klau beli,memang lari bajet..hehe..cba tgok aku pakai sepek mata itam tuu,,macho kan..kan..heheeh..kwan aku yang sorang lagi tu, excited smpai kluar lidah lgi..hehe..nmpak menawan la tuu..Topi yang aku pakai tu,mmg CHANTEK,MENARIK,TERTARIK...tp aku mampu ambl gambar jerrrr..buat kenangan..hehe..yang mcm pesawah padi sebelah aku tu, topi tu pun CHANTEK juga..tapi apakan daya harta tiada..hehe..masa ni,jalan2 pg servay beli barang2 dapur..Tujuan dan Nawaitu pg servay nak beli sayur2 tapi Terpesong arah pegi bahagian pakaian..hehe.,test yang itu,test yang ini..tapi tak membeli pun....hehe..Jimatttt..

Aku Masak!!!

2 cakap-cakap

Wahai cik belle(bukan nama sebenar)adakah anda yang buat benda nii?? Lalu,beta mengatakan, OPKOS ME!!..dengan kerjasama kwan2 yg baik hati lagi pemurah, smua bahan-bahan untuk bt BIHUN SUP nii di beli dengan berkongsi perbelanjaan,hehe...SHARING itu CARING..kan,kan,kan...tak susah pun nak buat BIHUN SUP CIK BELLE nii..pg kedai beli bihun,isi ayam,timun,tauge,daun sup dan jangan lupa bahan yang paling penting yang memudahkan dan menyenangkan lagi untuk buat Resepi nii.........jgn lupa beli rempah untuk buat BIHUN SUP...hehehe...Bila Sup dah masak,bihun dah di tos,.campurkanlaa bahan2 spt sayur tauge,timun,n daun sup tadi untuk perhiasan dan kecantikan...hehehe...mudah tak terperi...Sedap hingga terlebih mee..hehe..Takku sangka diriku berbakat dalam bidang masakan..hehe...(kembang kempis dah ni,jap lagi meletup ni)..Ini juz percubaan jaa..practice make perfect kannn..

Walk-walk buang Tension..

5 cakap-cakap

Time berfoya-foya bersama kawan-kawan yang sedang dilanda bosan dan tekanan. Waktu ni berfoya-foya dekat shopping complex,siap berkunjung pegi K-Box (karoke),tu baru nama berfoya-foya kannn..kan..kan..Jalan ramai2 pegi shopping complex nampak macam bawa rombongan meminang ja. Tapi, waktu ni memang sungguh seronok dan amat gembira hatiku. Perkara yang membuatkan beta berasa kecewa selepas berfoya-foya tu,dwet beta dah nipis dan semakin banyak yang menerbangkan diri ke tangan orang lain, dats y poket jadi kering kontang.Kepada diriku yang jauh di mata family ni,jimat2laa dalam berfoya-foya tu yee..Sesungguhnya membazir tu tergolong dalam sedara mara setan..Dengar tuu wahai cik belle(bukan nama sebenar).

Latop Beta Yang HampeH...

8 cakap-cakap


Inilah latop kesayangan aku untuk tahun 2010..latop ni bernama cik DELL, aku memperoleh benda baru ni selepas keluarnya keputusan STPM. Keputusan hampeh boleh dapat latop..hehe..ntah pa pa. Aku nak tayang ngan kamurang semua, yang latop aku ni aku dah buat penambahburukan yang paling mantap dalam idopku yang serba kekurangan ni. Nampak macam CHANTEKKK ja kan..tapi hakikatnya,kenyataannya dan yang realitinyaa latop aku tu memang macam kertas belacan yang di reject!!! hampeh sungguh..Kalaulah latop aku ni bernyawa,memang dia rasa sedih dan kecewa yang amat dengan tuan dia yang amat budiman lagi jelitawan nii(cehhhhh),.Sebenarnya latop aku ni,aku dah balut macam hadiah. Aku guna pembalut hadiah jerrr balut latop aku nii. Harga RM 0.50 jerr,hehe..aku gam guna gam plastik,aku gunting balut hadiah mengikut ukuran dengan penuh ketekunan. Aku tabah dalam memastikan latop aku ni di balut dengan sempurna,.bertemankan seorang kawan yang turut menjayakan program penambahburukan latop ini, aku berasa sungguh lega kerana akhirnya terbentuklah sebuah latop yang hampeh nii..Lepas ni, aku tukar citarasa lagi, aku beli balut hadiah yang baru yang lagiiii chantek dan menawan.

Wednesday, November 24, 2010

Bila exam tibaaaa...

2 cakap-cakap
*slip examkuuu...
Menjelang Exam....lemahnyaaa semangat.doiiiii..study hard or study smart?? klau aku bab2 study ni, senantiasa menanti last minit, amat malas bagi diriku untuk study memanjang...sungguh bosan. Aku mula exam minggu depan tapi cara aku ni, mcm nak ambil exam 2 bulan lagi..Sungguh malasssss. tapi, sendiri mau ingat laa kann...aku ni x pandai pun..pandai buat lawak jerrrr..hehe..pandai bersandiwara pula tuuu..Aku exam 3 HARIIIII jerrrr...happy,gembira,bersemangat dan berkobar2 bukan sebab exam sebab tak lama lagi CUTIIIIII.....hehe...agar tenang pemikiranku,ingin diriku membawa pulang diriku ke kampung. ok, Nota2 aku ckp, sudah2 laa tu, dia suh aku baca diorang2 semua..salam...sebelum tuuu di bawah tuu gambar kawan2 yang sentiasa bersamaku ketika nak pegi ke kelas,semasa dalam kelas dan sudah tentu sama kos ngan aku...

Aku dan Nesh (kawan sebilik)

Aku dan Mastika..ehhhh salah nama dia Ika

Aku dan Ziah a.k.a Ziana Zain (suara mantap)

Sinar wajahkuu nannn??? nan serius...

0 cakap-cakap
Dulu...(masa form 4/3)
Masa Form 5..(klau xsilap)

Kini.....
Inilah Photo2 passport yang ada dalam simpananku. Nampak mcm garang ja aku dalam gmbr tu kann. Ni untuk kawan2 aku,. Nahhh,ambik mu gambar Bell (bukan nama sebenar) dari muka mcm budak smpai muka mcm ala2 ahli dewan rakyat gituu (cehhhh)...Aku simpan gmbar ni sengaja nak mempamerkan kewajahanku yang agak serius TETAPI hatiku senang untuk semua kawan2 yang sudi berkawan...Gambar yang 1st tu masa aku nak jadik ahli dewan negara tapi tak di terima dats Y nampak macam putus asa,hehe...Gambar yang 2nd tuu, selepas aku tak di terima menjadi pengetua, sebab tu, muka mcm tu..hehe...kemudian gambar yang KINI tuu aku hampir2 di pilih sebagai wakil rakyat kat tempat aku, tapi aku tolak dengan alasan aku takut tak dapat nak jalankan tanggungjawab,.(cehhhhhh, suka sangat aku ni madah  berhelah kannn..hehe)

Tuesday, November 23, 2010

Menghijau sungguh belog aku..

0 cakap-cakap
Assalamualaikum W.B.T dan konichiwa........

This is my Newest blog. Belog ni sungguh,amat,dan terlalu Gereenn gitu,.biar sedap mata memandang. Belog ni, aku buat khas untuk diriku yang hidup berkawan,berteman dan bersahabat. Tanpamu kawan,teman dan sahabat, siapalah daku yang bernama Belle (bukan nama sebenar). So far, aku hidup dengan banyak kawan dan rakan. Akan Tetapi, diriku memiliki sahabat yang berpangkat "SEJATI"...pangkat tu, pangkat yang paling tinggi dalam hierarki persahabatan. Aku jamin dunia akhirat. Sepanjang aku menjadi kawan kepada kawan,dan sepanjang aku menjadi rakan kepada rakan dan sepanjaaangggg aku menjadi sahabat kepada sahabat, aku selalu mendapat pengajaran,pengalaman dalam memahami tindak balas,perasaan dan keinginan seorang rakan kepada rakan,seorang kawan kepada kawan dan seorang sahabat kepada sahabat. Rakan,Kawan dan Sahabat,mempunyai maksud yang berbeza dari segi pendapat dan perasaan. So, carilah rakan,kawan dan sahabat yang dapat membantu kita dalam pelbagai aspek. Kalau dapat  kawan yang tak suka membantu pun, kita buat2 kawan ja laa. Itu demi menjaga perasaan jaa. kalau ikutkan hati, mesti dapat hadiah berupa jelingan geram bercampur menyampah kannnn...Ini ja la yang dpt beta tulis sebab beta ada keja lain lagi ni. ok...salam.
 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur