Monday, January 2, 2012
Sunday, December 25, 2011
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Di atas terpapar 3 buah buku kan? Saya beli 3 buah buku ni dalam bulan ni juga, buku "PRU 13 UMNO TUMPAS" yang di tulis oleh Zainal Abidin Ahmad ( Nama mcm Ayahanda saya) saya beli buku ni kemarin. Dapat saja duit, saya terus rembat buku tu, sebab buku tu baru di keluarkan, almaklumlah pilihanraya just around the corner kan. So, sekadar ingin menambahkan pengetahuan sekaligus ingin menjadi pelajar yang tidak buta politik semasa, saya beli dengan hati yang ber-iya2.
Buku " MISSING MALAYSIA" saya beli semasa temankan kawan pergi tengok wayang. Hajat di hati buang duit untuk tonton wayang, tapi apakan daya diriku tak mampu untuk menahan keinginan memiliki buku yang di tulis oleh Dean John tersebut. Selepas scanning and skimming, kandungan pun agak menarik, saya pun beli buku ni.
Buku yang ketiga tu, "COMING OF AGE" saya dapat beli tanpa keluarkan duit poket, saya dapat FOC. Buku ni di tulis oleh Nik Nazmi Nik Ahmad. Ingin tahu bagaimana saya dapat buku tu secara Free Of Charge??? Saya dapat buku tu secara FOC hasil dari kata-kata manis saya dan di tambah dengan ugutan saya terhadap adik lelaki saya yang sudah bekerja* gelak jahat jap-'ha ha ha ha'..Akhirnya adik saya tewas. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya memang suka mengugut dan lagi satu, Suka bagi amaran,hehe. Saya buat macam tu bukan bermakna saya jahat. Saya juz ingin memastikan arahan saya di patuhi.
Berbalik kepada cerita buku, sebenarnya saya ingin memiliki buku yang bertajuk " 9 JULY 2011 WHAT REALLY HAPPENED". Akan tetapi, diriku kecewa umpama kaca terhempas ke batu sebab buku tu habis!!! tapi saya masih dalam proses pencarian. Bak kata pepatah, Kedai buku bukan seekor..hehe. Harapan yang tinggi untuk memiliki buku tersebut sebelum masuk tahun 2012. Awal tahun 2012 nanti mesti banyak buku local interesting di pasarkan, mesti banyak yang menarik. Daku setia menanti.
Ini la buku yang saya cari |
Thursday, December 22, 2011
I LOVE PAPA MOVIE ( 29 DISEMBER 2011)
Sinopsis: Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap. DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin. |
::Suatu Malam Kubur Berasap::
Sinopsis: Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung. Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Filem ini akan ‘berasap’ di pawagam pada 22 Disember 2011.
| ||||||||||||||||||||||||||
Subscribe to:
Posts (Atom)