I Believe..

Friday, April 1, 2011

10 JEJAKA IDAMAN MALAYSIA.....

1 cakap-cakap

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Lepas balik dari campus tadi, sy terus buka lappy n pg laman berita harian. Saya pun mula membaca dari 1 artikel ke 1 artikel..daripada berita nasional hinggalah berita sisipan. Kemudian, sya terbaca tajuk berita yang menarik perhatian sya, smbil tersenyum-senyum sya pun klik pada tajuk "10 JEJAKA IDAMAN MALAYSIA". Tajuk berita tu macam nak promo jee kan. macho dan kaya sgt keee???opppssss...sya sja nak tahu. Ada jgak jejaka idaman yang di promo kat malaysia ni, diorang promo ni sbb mmg jejaka2 ni menjadi idaman gadis2 kat malaysia kee, hehehe. Kakak2,adik2, yang ada di luar sana, nak cari jejaka idaman, di atas tu contoh jejaka idaman untuk korang..manatau nasib badan dapat zizan ke, anuar zain ke..hehehe. Tapi kan, korang boleh tahan ke dpt jejaka idaman yang FOFULER dan banyak peminat??. Rasanya nak kena tahan hati la sbb diorang banyak peminat. Manala tahu kan, ada peminat siap peluk dan raba jejaka idaman korang..hehehe..hancur,punah segala impian dek kerana cemburu...relakan jejaka idamanmu di buat seperti itu. Saya opkos tak sanggup..10 JEJAKA IDAMAN ni rasanya dah ada buah hati kot, takkan xda..JEJAKA IDAMAN mcm diorang ni, dahla banyak dwet tapi tak la macho sgt kan..Nak ke kita terkejar2 JEJAKA IDAMAN mcm gambar yang di atas tu??? manala tahu kann...JEJAKA DI ATAS TU jahat,kejam,zalim dan tak memahami,hehehe..merana nanti. Tapi Anuar Zain rasanya dah otai dalam JEJAKA IDAMAN MALAYSIA ni, sbab tak kawin2 lagi..sebelum kemunculan zizan,black mentor, dia masih bujang,hehe. Sebelum mengakhiri tulisan sya ni, sya ada sertakan nama2 yang tersenarai dalam 10 JEJAKA IDAMAN MALAYSIA...


10 si bujang idaman Malaysia:

1. Anuar Zain - Penyanyi dan pelakon
Pada usia 41 tahun, jejaka ini terus laris dan menjadi idaman ramai gadis. Persembahan dan penampilan dirinya terus dinantikan hingga ramai tertanya siapalah wanita yang menjadi suri hatinya suatu hari nanti?

2. Mohd Azlan Iskandar - Pemain skuasy negara
Pencapaian cemerlang dalam sukan skuasy, Mohd Azlan tentunya menjadi idaman ramai wanita. Berdarah kacukan Inggeris dan Sarawak, kelibat jejaka ini memang dinantikan ramai.

3. Zizan Raja Lawak - Pengacara dan penghibur
Rancangan Raja Lawak nyata mengetengahkan bakat anak muda dari Kuala Terengganu ini. Secara tiba-tiba auranya meningkat naik hingga secara tidak langsung memberi saingan buat pelawak tempatan lain. Paras rupa yang kacak dan jenaka spontannya memang diminati ramai.

4. SM Faliq SM Nasimuddin - Ahli perniagaan
Adik kepada SM Nasarudin ini mencuri tumpuan selepas abangnya mengakhiri zaman bujang. Kacak, bujang dan berharta, hati gadis manalah yang tidak terdetik apabila berdepan dengan jejaka kacak seperti SM Faliq.

5. Khairul Fahmi Che Mat - Penjaga gol kebangsaan
Kemenangan skuad bola sepak negara di Piala AFF Suzuki memberi populariti mendadak buat Khairul Fahmi Che Mat. Penjaga gol kebangsaan yang turut menyumbang bakti buat pasukan Kelantan ini juga memiliki aura jejaka kacak, bujang dan berharta.

6. Shaheizy Sam - Pelakon
Penampilan dirinya sering mencuri perhatian kerana bijak bergaya terutama di majlis-majlis hiburan. Lakonan yang mantap serta ditambah pula dengan perawakan dirinya yang cukup sederhana menyerlahkan aura bintang.

7. Ashwad Ismail - Penyampai berita
Ungkapan ‘I’m journalist, I can be anywhere I want’... secara tidak langsung menyerlahkan karisma penyampai berita Astro Awani yang terbabit dalam insiden Mavi Marmara di Gaza. Tragedi yang hampir meragut nyawanya, secara tidak langsung mempopularkan dirinya hingga menjadi salah seorang bujang idaman Malaysia.

8. Qi Razali - Pengacara
Buah hati penyanyi Yunalis Zarai ini memiliki aura yang jarang-jarang dimiliki jejaka. Walaupun kurus melidi, karektor dan senyuman Qi yang terkenal dalam program jurnal percutian bisa mencairkan hati ramai gadis.

9. Datuk Lee Chong Wei - Pemain badminton nombor 1 dunia
Dia pemain nombor satu dunia, masih bujang dan memiliki wajah disenangi ramai. Aura Chong Wei tidak boleh diketepikan sebegitu saja kerana dia sudah menakluk dunia dengan pencapaian hebat dalam sukan badminton. Siapalah pula yang berjaya menakluk hati dirinya?

10. Black Mentor - Penyanyi
Hitam itu menawan? Mungkin juga boleh difikirkan apabila mengaitkan aura Black yang dilahirkan dalam program Mentor. Vokal yang mantap ditambahkan dengan usahanya menaikkan badan, ‘saham’ si bujang ini tidak boleh diketepikan begitu saja. Tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010, siapa sangka dia mampu memberi kejutan! (SUMBER: BERITA HARIAN)

Thursday, March 31, 2011

Poco-Poco DI HARAMKAN?????

0 cakap-cakap

Assalamuaikum readers sekalian, betul ke tarian POCO-POCO di haramkan?? kenapa dan mengapa??. Tarian poco-poco menyalahi hukum agama ke?? sesaja nak haramkan??....

Menurut Datuk Dr Mashitah Ibrahim, tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara. Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain."Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif."Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing, begitu juga di Perak yang sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan tarian itu.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

"Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa. Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti," kata Mashitah. Ketika ditanya sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat.

"Kalau tidak ada orang nak mengadu, jadi tiada punca kita nak mengkaji benda ini kerana tidak ada sebarang aduan yang melihat bahawa poco-poco ini associate dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama," katanya.

(sumber: Berita Harian 31 mac 2011)


Tuesday, March 29, 2011

JACKIE CHAN di laporkan MATI!!!

0 cakap-cakap

Laporan berita harian hari ni melaporkan bahawa aktor terkenal hong kong iaitu JACKIE CHAN, 56 tahun MATI. Sebenarnya Jackie Chan belum mati,Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu. Suka hati ja kan , nak tentukan orang tu mati, palsu belaka. Mulut longkang btul. Peminat-peminat Jackie Chan di minta bersabar, jangan marah-marah. Ini semua sebab orang tak bertanggungjawab yang buat penipuan. Tu sebab tak pernah belajar tentang moral psl tu pandai menipu. Jackie Chan sihat walafiat, beliau akan muncul dalam filem terbaru iaitu filem 1911 yang akan menemui peminat pada tahun ni.

AF 9?? Tak Habis2 Lagi??

0 cakap-cakap

Bila kita ckap pasal AKADEMI FANTASIA mesti ckap pasal Afundi kann...buang dwet ja. Sebenarnya bila ckp bab2 AF ni, sya langsung xminat. Sy mmg xtau apa2 tntang AF ni. Peserta2 AF ni tak ke mana pun, bnyak dah contoh2 pelajar yang terbiar, masuk AF pastu kluar balik ke tmpat asal. Masa AF ni ja diorang menonjol skit, tu pun klau undi mereka banyak, klau skit undi yang dapat, alamatnya get out la, tu maknanya ramai orang tak minat or sbb suara tak mantap. Tapi kan, pda pndapat sy orang di luar sna rasanya bnyak yang undi sbb paras rupa, especially lelaki..diorang mesti undi budak perempuan AF yg cntik,anggun2,molek, tak kira la ada bakat or x. Apa2 pun, undila di sebabkan mereka ni ada bakat. Klau bab AF ni mesti ada peminat yang fanatik kann...siap jerit smpai hilang suara lgi kalau bleh pecah peti suara di jerit kat artis tu sbb tlampau fanatik. Ada yang smpai nak peluk2, dan ada yang sanggup kluarkan duit begitu bnyak sbb nak undi supaya dpt peratus yg tinggi. Untuk dapatkan undi tertinggi, mesti ada jgk ahli kluarga yang berhabis duit, ada yang kempen, serahkan topup kpd kwn2, mnta tolong undi..berbaloi kee..yang peminat2 pg mengundi mbazir duit beratus2 ringgit malaysia, dpt reward ke klau bdak AF yg di undi tu menang???..klau takat dpt baju sehelai, tk payah heboh 1 mlaysia la..ini x, bdak AF tu menang kita dpt apa??..rasanya artis tu xlaa pg bank in dwet kpd peminat2 yg dah undi tu....klau nk ckp undi tu ikhlas, bt apa..bt pembaziran yg nyata..drpada kluar duit beratus2 ringgit sbb nk undi AF, rasanya lebih bermanfaat klau kita kluarkan duit tu untuk bt amal, pahala berlipat ganda..sy bkn nk memburukkan AF ni, apa yang sy paparkan ni adalah pendapat sy dari apa yg sy lihat dan perhatikan.Sekian sja coretan sya tentang AF. sebelum tu sya nk gitau nama2 peserta AF9, walaupun sy xminat, sy nk korang tau nama2 yg nk jadi artis sgt ni,,12 pelajar bagi musim AF9 ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), Mohamad Amirullah Jahari (Amir), Mohamad Azri Abdullah (Azri), Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul), Nur Khaidir Muhd (Kay), dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib).
pelajar perempuan ialah Nur Suhada Jebat (Aida), Nur Atiqah Shariffudin (Eka), Zulaika Zahari (Laika), Lenaber Haidir (Lena), Roshammizah Rosli (Miza) dan dan Queennera Francine Francis (Nera).

Umbrella vs Payung,, Sungguh Meriah

0 cakap-cakap


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Entry kali ni sya nak umbrella show,koleksi payung berbagai warna yang amat chantek dan memikat hati..kot....payung2 yang terdapat dlm gmbar tu kepunyaan sya n housemate, mmg gempak gileee....puteri payung,puteri lilin, tauke payung or kilang payung kee rumah aku nii...xda ruang nk jalan..di penuhi ngn cik2 payung sekalian..Cik2 payung ada bermacam-macam warna, ada biru,ungu,hitam,hijau n byk lagi..Payung2 ni la yang menemani sya n kwn2 untk pg ke kelas masa panas dan hujan. Memang banyak manfaat btul payung ni, dan sangat berjasa..sya bercita2 tinggi nak beli payung warna lain yang amat menonjol skit..hehe..nak buat tatapan umum kepada warga penduduk kat taman ni..biar melirik panjang mata diorang tengok rmh kami...agak2 ada pesta payung kot..hehe..xpa2, harapan akan di kotakan...last skali sy nk ucpkan makaseh bebanyak kepada payung2 kerana menghiasi laman rmah kami...hehe.

Sunday, March 27, 2011

::try testing makanan Aunty Merry Brown::

3 cakap-cakap



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya nak buat pengumuman, yg saya akhirnya dapat jga merasa makan makanan merry brown. Sedap jga MB ni. Masa ni kami pg MB dkat donggongon, kami jalan2 buang duit. Rasa2nya byk jgak duit yg terbuang dan di sana terdapat banyak pembaziran.. :) .Saya order mee kari ayam goreng, harganya sy pn x ingt..mgkin dalam rm 9 lebih. Rasa mee kari MB ni bgi sy sedap la jga, pedas, n rasa2 lemak skit sbb diorang masak kari bubuh santan. Pedas gileerrr kalah maggi kari extra pedas....BETUL2 HAO LIAO!!..ADA UMPH!!..sbelum menjamu selera, sy sempat ambl gmbar mee kari ayam goreng resepi drpda MB yang pekerjanya yang berbaju merah ala2 pakaian unirazak.. hehe..student unirazak klau dtg MB, knala pakai jaket..nanti org panggil suruh lap meja or mnta order tambahan..hehe..gambar di atas tu la bnda yg sy makan dengan penuh selera. :))

Makanan yang kawan sya order pula, adalah poridge...poridge apa ntah. Sya rasa sedap lagi bubur uncle McD daripada bubur aunty merry ni. Harga bubur ni sy lupa tapi klau x silap, lebih mahal drpd bubur uncle McD. Nampak mcm sedap, so kena try je la untuk merasai kelazatan dan keenakan,.klau dah tau tak sedap, kali kedua x payah order lagi..hehe.

Menu yang ke-3 ni Nasi Merry Brown...nasi MB ni serupa mcm nasi lemak, ada kacang, ikan bilis..sambal nasi ni sedap jga sbb pedas, nasi ni ada di sertakan ngn keropok.. xtau keropok apa..rasa biasa. Kawan sya x habis makan sbb x tahan pedas, dia serahkan kpd sya, hehe..rezeki jgn di tolak..tapi bkn sy sja yang bsikap tolong menolong ni, kawan2 sy yg lain pun bsikap mcm sy jga, dorang pun turut serta dalam usaha menghabiskan nasi ayam Merry Brown ni.

Thursday, February 3, 2011

0 cakap-cakap
assalamualaikum dan salam 1Malaysia kpd bloggers n kwn2 semua..baru2 ni sya n kwn pg bercuti mandi-manda. Betapa indahnya,betapa syoknya smpai tak terkata. deruan angin pantai, bunyi ombak yang mengusik jiwa, kebiruan air laut serta air kolam memukau pemandangan yang menggamit memori indah..hehehe..nak bermadah berhelah pula. sya nak promo ni, pgla bercuti di manikar beach resort,wp labuan memang best. saya ngn kwan2 pg dengan penuh semangat yang berkobar-kobar tak pernah sekobar itu. Alangkah indah dan seronoknya bila mandi kolam ngn kwn2 yang sehati dan sejiwa. Saya terlebih excited smpai tak nak kluar dari kolam tu,berendam smpai 3 jam. Dalam masa 3 jam tu lah saya belajar berenang sendiri. Dengan penuh tekad,aku belajar berenang dan terus belajar. Akhirnya, daku berjaya juga. Aku berbangga dengan diriku,hehe. Tetapi, bila pulang ke rumah,wajahku menjadi gelap gelita, hitam yang kemanis-manisan. Kemudian, wajahku menjalani proses pengelupasan..aduuhhhhh!!! hodoh gila...perkara tu bkan saja terjadi kepadaku malah kwan2 pun turut serta dalam menjalani proses pengelupasan. Lalu, mereka menuding jari kepadaku sebab diorang kata,sayalah punca semuanya. Sesedap rasa ja diorang tuduh aku yg sopan santun ni, hehehe...sbb aku yang ajak diorang mandi dengan penuh budi bahasa. Baiklah, setakat ni ja lah coretanku,nnti bosan pula korang baca kan...TQ.




 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur