Hari ni, sy ingin kongsi bersama tentang keseronokan di daerah Tambunan yang terletak di negeri Sabah di bawah bayu..
Trip ke Tambunan di buat pada 9hb disember 2011, perjalanan kami hanya berempat iaitu saya dan 3 orang kawan saya yg agak molek.
Perjalanan kami dari Kota Kinabalu bermula kira-kira jam 4.30 petang..agak lewat sedikit kerana masing-masing ada hal pada sebelah tengahari. So, perjalanan terpaksa di mulakan pada sebelah petang. Dalam perjalanan menuju Tambunan, kami menaiki toyota unser dengan tambang yang di kenakan rm 15 seorang,(oklaa berpatutan). Sepanjang perjalanan, kabus tebal menyelimuti toyota unser untuk seketika. Kami berasa amat teruja dengan pemandangan sepanjang perjalanan ke Tambunan.
Keberadaan kami di Tambunan hanyalah beberapa hari. Pada keesokan harinya, iaitu 10hb disember, kami telah pergi ke TVRC ( TAMBUNAN VILLAGE RESORT CENTRE). di sana, terdapat tasik yang menempatkan ikan yang agak besar saiznya tapi bleh jinaknya. Di TVRC juga terdapat air sungai yang mengalir, agak deras dan di pagari untuk keselamatan. Untuk pergi ke tasik, kami harus melintasi jambatan gantung yang jauhnya dalam 50m. Pelancong yang datang dan ingin menyaksikan secara dekat ikan-ikan yang terdapat di tasik tersebut haruslah membayar yuran masuk iaitu RM 2.50 seorang. Pelawat boleh membeli baja untuk memberi makan ikan.
Selepas keluar dari TVRC, kami bergegas ke tempat yang ingin di tuju iaitu air terjun Mahua. Perjalanan Ke Mahua agak sedikit jauh ke dalam dan keadaan jalan yang sempit, memaksa pemandu harus berhati-hati ketika melalui jalan tersebut. Setibanya kami di Mahua, Rm 1 di kenakan untuk bayaran masuk. Kami masuk ke stesen air terjun mahua dengan berjalan kaki kira-kira 250m dari pondok tiket.
Setelah penat berjalan, kami menghabiskan masa untuk bermandi-manda. Keadaan kawasan air terjun Mahua amat menenangkan jiwa. Hutan-hutan yang menghijau, di saluti dengan hawa yang dingin telah melupakan saya keadaan bandar kota kinabalu yang bising. Sejenak menjadikan fikiran yang kusut kembali tenang untuk seketika. Inilah yang saya inginkan. Keindahan alam ciptaan Tuhan yang memberi ketenangan.
Suhu air terjun Mahua amat sejuk. Sejuk umpama air sejuk. Kaki cecah ke dalam air sudah membuatkan kami menggeletar. Betapa dinginnya ketika itu. Tuhan Maha Pencipta. Di ciptakanNya semua itu untuk tatapan makhluknya. Betapa besarnya ciptaan Tuhan untuk hamba-hambanya.
Setelah beberapa lama bermandi-manda, kami berasa tidak tahan untuk berada lebih lama di dalam sungai tersebut. Kami mengambil keputusan untuk beredar dan bersiap. Kemudian , kami berangkat balik kerana khuatir akan di landa sakit akibat suhu yang terlalu sejuk ketika mandi sungai tersebut.
Pada keesokan harinya, tibalah waktu untuk berangkat ke kota raya yang hingar bingar. Pagi ahad 11hb disember 2011, kami di beri sarapan durian semangkuk besar. Betapa lazat dan enaknya isi durian tersebut di mamah dengan seleranya. Almaklumlah, harga durian di kota kinabalu agak mahal apatahlagi di WP Labuan.
Kami bertolak ke kota kinabalu kira-kira jam 9.30 pagi, dan sampai di kota kinabalu dalam jam 11.30. Kemudian, kami pulang dan membawa diri masing-masing kerana kami berempat tinggal dan belajar di tempat yang berasingan.
|
Sedang menunggu kawan yang belum tiba |
|
Perjalanan menuju Tambunan |
|
Jalan yang berkabus |
|
Posing seketika pintu masuk Mahua Waterfall |
|
Perjalanan ke air terjun Mahua |
|
kami pun tiba di destinasi iaitu MAHUA WATERFALL |
|
inilah ikan di TVRC, klau ikt yg betul,ikan lbih bnyak dan bsar. |
Percutian di Daerah Tambunan amat menyeronokkan. Selepas ini, di manakah destinasi seterusnya?. Tunggu dan lihat.
0 cakap-cakap:
Post a Comment