I Believe..

Saturday, December 17, 2011

:::Trip To Tambunan:::Mahua WaterFall:::

0 cakap-cakap
Hari ni, sy ingin kongsi bersama tentang keseronokan di daerah Tambunan yang terletak di negeri Sabah di bawah bayu..

Trip ke Tambunan di buat pada 9hb disember 2011, perjalanan kami hanya berempat iaitu saya dan 3 orang kawan saya yg agak molek.

Perjalanan kami dari Kota Kinabalu bermula kira-kira jam 4.30 petang..agak lewat sedikit kerana masing-masing ada hal pada sebelah tengahari. So, perjalanan terpaksa di mulakan pada sebelah petang. Dalam perjalanan menuju Tambunan, kami menaiki toyota unser dengan tambang yang di kenakan rm 15 seorang,(oklaa berpatutan). Sepanjang perjalanan, kabus tebal menyelimuti toyota unser untuk seketika. Kami berasa amat teruja dengan pemandangan sepanjang perjalanan ke Tambunan.

Keberadaan kami di Tambunan hanyalah beberapa hari. Pada keesokan harinya, iaitu 10hb disember, kami telah pergi ke TVRC ( TAMBUNAN VILLAGE RESORT CENTRE). di sana, terdapat tasik yang menempatkan ikan yang agak besar saiznya tapi bleh jinaknya. Di TVRC juga terdapat air sungai yang mengalir, agak deras dan di pagari untuk keselamatan. Untuk pergi ke tasik, kami harus melintasi jambatan gantung yang jauhnya dalam 50m. Pelancong yang datang dan ingin menyaksikan secara dekat ikan-ikan yang terdapat di tasik tersebut haruslah membayar yuran masuk iaitu RM 2.50 seorang. Pelawat boleh membeli baja untuk memberi makan ikan.

Selepas keluar dari TVRC, kami bergegas ke tempat yang ingin di tuju iaitu air terjun Mahua. Perjalanan Ke Mahua agak sedikit jauh ke dalam dan keadaan jalan yang sempit, memaksa pemandu harus berhati-hati ketika melalui jalan tersebut. Setibanya kami di Mahua, Rm 1 di kenakan untuk bayaran masuk. Kami masuk ke stesen air terjun mahua dengan berjalan kaki kira-kira 250m dari pondok tiket.

Setelah penat berjalan, kami menghabiskan masa untuk bermandi-manda. Keadaan kawasan air terjun Mahua amat menenangkan jiwa. Hutan-hutan yang menghijau, di saluti dengan hawa yang dingin telah melupakan saya keadaan bandar kota kinabalu yang bising. Sejenak menjadikan fikiran yang kusut kembali tenang untuk seketika. Inilah yang saya inginkan. Keindahan alam ciptaan Tuhan yang memberi ketenangan.

Suhu air terjun Mahua amat sejuk. Sejuk umpama air sejuk. Kaki cecah ke dalam air sudah membuatkan kami menggeletar. Betapa dinginnya ketika itu. Tuhan Maha Pencipta. Di ciptakanNya semua itu untuk tatapan makhluknya. Betapa besarnya ciptaan Tuhan untuk hamba-hambanya.

Setelah beberapa lama bermandi-manda, kami berasa tidak tahan untuk berada lebih lama di dalam sungai tersebut. Kami mengambil keputusan untuk beredar dan bersiap. Kemudian , kami berangkat balik kerana khuatir akan di landa sakit akibat suhu yang terlalu sejuk ketika mandi sungai tersebut.

Pada keesokan harinya, tibalah waktu untuk berangkat ke kota raya yang hingar bingar. Pagi ahad 11hb disember 2011, kami di beri sarapan durian semangkuk besar. Betapa lazat dan enaknya isi durian tersebut di mamah dengan seleranya. Almaklumlah, harga durian di kota kinabalu agak mahal apatahlagi di WP Labuan.

Kami bertolak ke kota kinabalu kira-kira jam 9.30 pagi, dan sampai di kota kinabalu dalam jam 11.30. Kemudian, kami pulang dan membawa diri masing-masing kerana kami berempat tinggal dan belajar di tempat yang berasingan.

Sedang menunggu kawan yang belum tiba

Perjalanan menuju Tambunan

Jalan yang berkabus 

Posing seketika pintu masuk Mahua Waterfall

Perjalanan ke air terjun Mahua

kami pun tiba di destinasi iaitu MAHUA WATERFALL

inilah ikan di TVRC, klau ikt yg betul,ikan lbih bnyak dan bsar.

Percutian di Daerah Tambunan amat menyeronokkan. Selepas ini, di manakah destinasi seterusnya?. Tunggu dan lihat.


Thursday, October 20, 2011

MUAMMAR GHADAFI SUDAH MATI DI TEMBAK

0 cakap-cakap

Libya's National Transitional Council have captured and killed Colonel Gaddafi in the town of Sirte.
The country's former leader died as a result of wounds suffered during his capture. Several images have surfaced online of his dead body.
[Warning: Some people may find the images at the bottom of this page distressing]
The news agency Reuters originally reported that Gaddafi was captured but was still breathing.
"He's captured. He's wounded in both legs ... He's been taken away by ambulance," the senior NTC military official Abdel Majid told Reuters by telephone. However this was later updated, saying that he had died of his wounds.
It is thought Gaddafi was trying to flee in a convoy that was attacked by NATO when he was captured by the NTC.
Majid told Reuters that the head of Gaddafi's armed forces Abu Bakr Younus Jabr was also killed during the capture of the Libyan ex-leader who was apparantly wearing a khaki uniform and wearing a turban.
Majid added that NATO warplanes struck the convoy and hit four cars as it headed west and that Ahmed Ibrahim, a cousin and adviser of Gaddafi, was also captured.
A conflicting report from an NTC fighter claims that Gaddafi was found hiding in a hole in Sirte, shouting "don't shoot, don't shoot".

In the capital Tripoli, sounds of gun shots were heard and people cheered in the street: "God is Great, God is Great, Gaddafi has been captured."
Prime Minister David Cameron has issued a brief statement welcoming the news and saying he is proud of the role Britain played in allowing Libya to move towards a democratic culture.
The below AFP Getty image, reportedly taken from a camera phone, appears to show Muammar Gaddafi covered in blood.

AKHIRNYA SAMPAI JGAK HAJAT DORANG BUNUH MUAMMAR GHADAFFI

Friday, October 7, 2011

:::Makanan untuk langsingkan Tubuh:::

0 cakap-cakap
Berikut merupakan makanan berkarbohidrat yang mengandungi pati resisten dan boleh membuat tubuh lebih langsing :

1) PISANG :

Di dalam banyak program diet, buah ini juga antara nama yang sering disebut-sebut sebagai penyumbang kepada kegemukan atau kenaikan berat badan. Justeru, kebanyakkannya menyarankan agar ia di elakkan daripada menjadi sebahagian daripada menu sihat mereka . Namun, tanpa sedar buah yang paling kaya denga pati resisten ini boleh membantu membakar lebih banyak kalori.

Ia amat kaya dengan serat yang menekan selera makan serta mengandungi asid amino triptofan. Zat tersebut akan di tukarkan menjadi bahan kimia serotonin yang berfungsi untuk menenangkanotak di samping membantu anda lebih relax serta meperbaiki mood anda.

2) KEKACANG :

Makanan ini amat di sarankan dalam menu sihat anda. Ini kerana, ia kaya dengan serat dan dapat di jadikan snek sihat d sela-sela waktu makan utama seperti di antara waktu sarapan pagi dan tengah hari, ataupun di antara waktu makan tengah hari dan minum petang.

Hampir setengah pati berasal daripada kekacang yang di kenali turut kaya dengan kanduna serat. Sebuah kajian di kanada mendapati bahawa orang yang makan kacang secara teratur , berat badannya cenderung berkurang dan memiliki ukuran pinggang yang lebih kecil. Di dapati juga orang yang mengamalkan makan kekacang juga berkemungkinan mengalami 23 peratus kurang kenaikan berat badan.

3) KENTANG :

Memang enak menikmati hidangan kentang. Pelbagai hidangan kentang seperti kentang lecek, kentang goreng ataupun kerepek kentag. Semuanya pasti enak di makan. Walaupun begitu, untuk mendapatkan manfaat daripada kentang yang boleh membantu membakar sejumlah kalori yang banyak , anda perlu bijak memilih hidangan kentang. Sebaik-baiknya, jauhi hidangan kentang goreng.

Kentang ini, selain mengandungi serat dan pati resisten, ia merupakan sumber semula jadi inhibitor proteinase iaitu bahan kimia semula jadi yang meningkatkan hormo kenyang sekali gus menekan nafsu makan. Jadi ,elakkan daripada 'merosakkan' manfaat kentang yang seharusnya amat baik untuk anda dapatkan kebaikannya.

4) BERAS MERAH:

Jarang benar orang memakan beras merah sebagai hidangan mereka berbanding beras putih. Beras merah sebenarnya sukar di cerna oleh tubuh dan ini bermakna ia lebih lambat di cerna berbanding beras putih. Ini membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Di dalam sebuah kajian juga mendapati bahawa kadar gula darah di ketahui 24 peratus lebih rendah pada mereka yang memakan beras merah berbanding mereka yang memakan beras putih.

5) BARLI :

Di Malaysia, barli lebih banyak di jadikan sebagai minuman, namun barli lebih banyak di makan oleh warga eropah. Ia merupakan sejenis gandum yang begitu kaa dengan pati resisten yang mengandungi serat. Seterusnya , ia dapat membantumengurangi nafsu makan dan membantu dalam proses pencernaan anda.

Thats all,




Manfaat Buah Betik untuk Tubuh

0 cakap-cakap

Assalamualaikum n salam ukhwah..entry kali ni cerita pasal buah betik. Pokok betik ni mudah di dapati di mana2 khususnya di negara tropika seperti negara kita Malaysia. Betik mempunyai banyak manfaat untuk tubuh kita.Betik mengandungi 2 enzim, iaitu papain dan chymopapain. Papain ini mirip dengan mencerna protein enzim yang menghasilkan pankreas. Ia mampu melarutkan protein yang terkumpul di sekitar sel kanser dan ini seterusnya membantu sestem kekebalan tubuh untuk menghancurka sel kanser dengan lebih mudah. Chymopapain pula amat membantu bagi menghancurkan protein menjadi asid amino. Asid aminoini kemudiannya digabungkan untuk membentuk protein yang dapat digunakan oleh tubuh kita.

Fibrin antara zat yang juga bermanfaat yang di dapati di dalam buah betik. Ia mampu mengurangkan risiko penggumpalan darah dan mencegah strok. Malah, fibrin meningkatkan kualiti sel darah serta mempertahankan perjalanan darah yang tepat dan baik.

Buah betik juga kaya dengan karoten dan likopen. Kedua-duanya adalah antiosidan kuat dan mengurangi risiko kanser. Juga menignkatkan aktiviti penyebaran kanser misalnya dari otak ke hati atau sistem kekebalan tubuh.

Selain itu, buah betik mengandungi vitamin C,E, dan A,B, Falvonoid, folat,potassium, magnesiun dan serat. Semua ini meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang sihat dan membantu untuk mencegah jangkitan telinga dan selesema.

Sekian.

satu cerita buatku...

0 cakap-cakap

Sunday, September 25, 2011

:::KEK::BATIK:::

0 cakap-cakap
Assalamualaikum dan salam ukhwah. Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Walaupun dah di penghujung syawal, rumah terbuka masih lagi di adakan. Syawal pada Tahun ni, iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432 hijrah adalah syawal paling meriah yang pernah aku jejaki since melepasi zaman kanak-kanak ribena. Meriah tak terkata, tak terungkap dek kata-kata ( hehe, bermadah berhelah sebentar).  Syawal semakin berada di liku-liku penghabisan untuk tahun 2011, maka isilah ruang penghujung syawal dengan ketupat dan rendang. Aku amat berbesar hati jika ada yang sudi menjemput datang ke rumah sebelum zulkaedah menjelma,(hehe,bermadah berhelah lagi). So sekarang, MERUJUK GAMBAR DI ATAS, itu adalah KEK BATIK ye murid-murid. Setiap tahun menjelang raya, xpernah miss buat CIK BATIK ni, kek paling simple n sedap. Xpayah susah2 guna oven, pakai peti sejuk barulah sempurna sifatnya. Untuk membuat kek batik ni bukanlah susah sangat dan xla sampai memakan masa 2,3  minggu untuk menyiapkannya. Kalau dah masuk 2,3 minggu untuk menyiapkannya, tu bukan kek batik, mungkin itu baju batik..Bahan2 untuk kek batik ni pun amatlah senang dan mudah di dapati di kedai2 runcit atau market2 yang berdekatan. Bahan2nya adalah seperti: Butter, Gula, Milo, Koko, 1 tin Susu, Biskut kak Marie, dan bahan yang tak payah beli ialah air segelas. Selamat mencuba, ok!!!..Aku saja nak promote untuk kek batik ni, sebab untuk mengisi masa lapang, aku buatla entry ni,hehe. Hari ni aku ada kelas, tapi  kul 5 petang, kalau duduk diam tengok jam memang tension sepenuh hati la jawabnya kan. Nampaknya setakat ni ja la yang aku dapat bebel kan. ok, tata titi tutu. Salamun 'alaik.

Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0


Waduh2, gawat lagi dong...bersih 2.0 sudah terang lagi bersuluh dapat merosakkan image negara, esok 9 julai 2011 perhimpunan seluruh malaysia diadakan oleh pihak tertentu dengan memakai baju kuning yang tertera perkataan bersih 2.0 di hadapan baju dan senarai tuntutan dalam proses pilihanraya yang akan datang..hmmmm, macam2 la orang skrang ni,..ni semua berpunca daripada POLITIK,.kalau mmg btul pun ingin memastikan proses pilihan raya berjalan dengan telus dan adil, jgnla smpai buat perhimpunan begini buat malu negara ja. Terdapat niat jahat dalam anjuran perhimpunan ni. Kepada sesiapa yang memakai baju warna kuning tertera BERSIH 2.0 akan di tangkap. So, hati2 yang di luar sna, pakai bju kuning kena tangkap. Tgok mcm gmbar yang di edit kat atas tu, ksian patung digi tu, tak pasal2 kena tangkap pak polisi..menangis tak berlagu..hehe..Di harap rakyat malaysia ni janganlah bertindak di luar batasan. Klau ingin menegakkan kebenaran sekalipun, biarlah melalui saluran yang betul dan yang penting dengan cara aman. Xpayahla buat demonstrasi sana sini, baling batu,baling kayu segala,..kesian polis, terpaksa siram air, dahla air kena jimat skrang ni, tpaksa tabur air kat org ramai..Yang buat demonstrasi secara radikal ni pun satu mengong btul, emosi sangat..pak turut,mak turut...semua pacik2 turut..semua sedara mara join demonstrasi..xkan sebab dpt rm 50 sanggup jatuhkan maruah negara.,Harapan kepada adik2, abg2, kakak2 yang di luar sana yang masih berfikiran waras dalam menjaga keamanan dan kemerdekaan negara kita yang tercinta ni, janganlah sesekali  menabur kaca di atas lantai rumah sendiri k...assalamualaikum.
 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur