I Believe..

Friday, April 1, 2011

10 JEJAKA IDAMAN MALAYSIA.....


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Lepas balik dari campus tadi, sy terus buka lappy n pg laman berita harian. Saya pun mula membaca dari 1 artikel ke 1 artikel..daripada berita nasional hinggalah berita sisipan. Kemudian, sya terbaca tajuk berita yang menarik perhatian sya, smbil tersenyum-senyum sya pun klik pada tajuk "10 JEJAKA IDAMAN MALAYSIA". Tajuk berita tu macam nak promo jee kan. macho dan kaya sgt keee???opppssss...sya sja nak tahu. Ada jgak jejaka idaman yang di promo kat malaysia ni, diorang promo ni sbb mmg jejaka2 ni menjadi idaman gadis2 kat malaysia kee, hehehe. Kakak2,adik2, yang ada di luar sana, nak cari jejaka idaman, di atas tu contoh jejaka idaman untuk korang..manatau nasib badan dapat zizan ke, anuar zain ke..hehehe. Tapi kan, korang boleh tahan ke dpt jejaka idaman yang FOFULER dan banyak peminat??. Rasanya nak kena tahan hati la sbb diorang banyak peminat. Manala tahu kan, ada peminat siap peluk dan raba jejaka idaman korang..hehehe..hancur,punah segala impian dek kerana cemburu...relakan jejaka idamanmu di buat seperti itu. Saya opkos tak sanggup..10 JEJAKA IDAMAN ni rasanya dah ada buah hati kot, takkan xda..JEJAKA IDAMAN mcm diorang ni, dahla banyak dwet tapi tak la macho sgt kan..Nak ke kita terkejar2 JEJAKA IDAMAN mcm gambar yang di atas tu??? manala tahu kann...JEJAKA DI ATAS TU jahat,kejam,zalim dan tak memahami,hehehe..merana nanti. Tapi Anuar Zain rasanya dah otai dalam JEJAKA IDAMAN MALAYSIA ni, sbab tak kawin2 lagi..sebelum kemunculan zizan,black mentor, dia masih bujang,hehe. Sebelum mengakhiri tulisan sya ni, sya ada sertakan nama2 yang tersenarai dalam 10 JEJAKA IDAMAN MALAYSIA...


10 si bujang idaman Malaysia:

1. Anuar Zain - Penyanyi dan pelakon
Pada usia 41 tahun, jejaka ini terus laris dan menjadi idaman ramai gadis. Persembahan dan penampilan dirinya terus dinantikan hingga ramai tertanya siapalah wanita yang menjadi suri hatinya suatu hari nanti?

2. Mohd Azlan Iskandar - Pemain skuasy negara
Pencapaian cemerlang dalam sukan skuasy, Mohd Azlan tentunya menjadi idaman ramai wanita. Berdarah kacukan Inggeris dan Sarawak, kelibat jejaka ini memang dinantikan ramai.

3. Zizan Raja Lawak - Pengacara dan penghibur
Rancangan Raja Lawak nyata mengetengahkan bakat anak muda dari Kuala Terengganu ini. Secara tiba-tiba auranya meningkat naik hingga secara tidak langsung memberi saingan buat pelawak tempatan lain. Paras rupa yang kacak dan jenaka spontannya memang diminati ramai.

4. SM Faliq SM Nasimuddin - Ahli perniagaan
Adik kepada SM Nasarudin ini mencuri tumpuan selepas abangnya mengakhiri zaman bujang. Kacak, bujang dan berharta, hati gadis manalah yang tidak terdetik apabila berdepan dengan jejaka kacak seperti SM Faliq.

5. Khairul Fahmi Che Mat - Penjaga gol kebangsaan
Kemenangan skuad bola sepak negara di Piala AFF Suzuki memberi populariti mendadak buat Khairul Fahmi Che Mat. Penjaga gol kebangsaan yang turut menyumbang bakti buat pasukan Kelantan ini juga memiliki aura jejaka kacak, bujang dan berharta.

6. Shaheizy Sam - Pelakon
Penampilan dirinya sering mencuri perhatian kerana bijak bergaya terutama di majlis-majlis hiburan. Lakonan yang mantap serta ditambah pula dengan perawakan dirinya yang cukup sederhana menyerlahkan aura bintang.

7. Ashwad Ismail - Penyampai berita
Ungkapan ‘I’m journalist, I can be anywhere I want’... secara tidak langsung menyerlahkan karisma penyampai berita Astro Awani yang terbabit dalam insiden Mavi Marmara di Gaza. Tragedi yang hampir meragut nyawanya, secara tidak langsung mempopularkan dirinya hingga menjadi salah seorang bujang idaman Malaysia.

8. Qi Razali - Pengacara
Buah hati penyanyi Yunalis Zarai ini memiliki aura yang jarang-jarang dimiliki jejaka. Walaupun kurus melidi, karektor dan senyuman Qi yang terkenal dalam program jurnal percutian bisa mencairkan hati ramai gadis.

9. Datuk Lee Chong Wei - Pemain badminton nombor 1 dunia
Dia pemain nombor satu dunia, masih bujang dan memiliki wajah disenangi ramai. Aura Chong Wei tidak boleh diketepikan sebegitu saja kerana dia sudah menakluk dunia dengan pencapaian hebat dalam sukan badminton. Siapalah pula yang berjaya menakluk hati dirinya?

10. Black Mentor - Penyanyi
Hitam itu menawan? Mungkin juga boleh difikirkan apabila mengaitkan aura Black yang dilahirkan dalam program Mentor. Vokal yang mantap ditambahkan dengan usahanya menaikkan badan, ‘saham’ si bujang ini tidak boleh diketepikan begitu saja. Tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010, siapa sangka dia mampu memberi kejutan! (SUMBER: BERITA HARIAN)

1 cakap-cakap:

Shafiqah Rashid said...

wah,,
pakwe2 ku ,
sam &black tersenarai jgakk laaa..
waaa XD
hehe..

 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur