I Believe..

Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0


Waduh2, gawat lagi dong...bersih 2.0 sudah terang lagi bersuluh dapat merosakkan image negara, esok 9 julai 2011 perhimpunan seluruh malaysia diadakan oleh pihak tertentu dengan memakai baju kuning yang tertera perkataan bersih 2.0 di hadapan baju dan senarai tuntutan dalam proses pilihanraya yang akan datang..hmmmm, macam2 la orang skrang ni,..ni semua berpunca daripada POLITIK,.kalau mmg btul pun ingin memastikan proses pilihan raya berjalan dengan telus dan adil, jgnla smpai buat perhimpunan begini buat malu negara ja. Terdapat niat jahat dalam anjuran perhimpunan ni. Kepada sesiapa yang memakai baju warna kuning tertera BERSIH 2.0 akan di tangkap. So, hati2 yang di luar sna, pakai bju kuning kena tangkap. Tgok mcm gmbar yang di edit kat atas tu, ksian patung digi tu, tak pasal2 kena tangkap pak polisi..menangis tak berlagu..hehe..Di harap rakyat malaysia ni janganlah bertindak di luar batasan. Klau ingin menegakkan kebenaran sekalipun, biarlah melalui saluran yang betul dan yang penting dengan cara aman. Xpayahla buat demonstrasi sana sini, baling batu,baling kayu segala,..kesian polis, terpaksa siram air, dahla air kena jimat skrang ni, tpaksa tabur air kat org ramai..Yang buat demonstrasi secara radikal ni pun satu mengong btul, emosi sangat..pak turut,mak turut...semua pacik2 turut..semua sedara mara join demonstrasi..xkan sebab dpt rm 50 sanggup jatuhkan maruah negara.,Harapan kepada adik2, abg2, kakak2 yang di luar sana yang masih berfikiran waras dalam menjaga keamanan dan kemerdekaan negara kita yang tercinta ni, janganlah sesekali  menabur kaca di atas lantai rumah sendiri k...assalamualaikum.
 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur