I Believe..

Sunday, September 25, 2011

:::KEK::BATIK:::

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Walaupun dah di penghujung syawal, rumah terbuka masih lagi di adakan. Syawal pada Tahun ni, iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432 hijrah adalah syawal paling meriah yang pernah aku jejaki since melepasi zaman kanak-kanak ribena. Meriah tak terkata, tak terungkap dek kata-kata ( hehe, bermadah berhelah sebentar).  Syawal semakin berada di liku-liku penghabisan untuk tahun 2011, maka isilah ruang penghujung syawal dengan ketupat dan rendang. Aku amat berbesar hati jika ada yang sudi menjemput datang ke rumah sebelum zulkaedah menjelma,(hehe,bermadah berhelah lagi). So sekarang, MERUJUK GAMBAR DI ATAS, itu adalah KEK BATIK ye murid-murid. Setiap tahun menjelang raya, xpernah miss buat CIK BATIK ni, kek paling simple n sedap. Xpayah susah2 guna oven, pakai peti sejuk barulah sempurna sifatnya. Untuk membuat kek batik ni bukanlah susah sangat dan xla sampai memakan masa 2,3  minggu untuk menyiapkannya. Kalau dah masuk 2,3 minggu untuk menyiapkannya, tu bukan kek batik, mungkin itu baju batik..Bahan2 untuk kek batik ni pun amatlah senang dan mudah di dapati di kedai2 runcit atau market2 yang berdekatan. Bahan2nya adalah seperti: Butter, Gula, Milo, Koko, 1 tin Susu, Biskut kak Marie, dan bahan yang tak payah beli ialah air segelas. Selamat mencuba, ok!!!..Aku saja nak promote untuk kek batik ni, sebab untuk mengisi masa lapang, aku buatla entry ni,hehe. Hari ni aku ada kelas, tapi  kul 5 petang, kalau duduk diam tengok jam memang tension sepenuh hati la jawabnya kan. Nampaknya setakat ni ja la yang aku dapat bebel kan. ok, tata titi tutu. Salamun 'alaik.

0 cakap-cakap:

 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur