I Believe..

Friday, October 7, 2011

:::Makanan untuk langsingkan Tubuh:::

Berikut merupakan makanan berkarbohidrat yang mengandungi pati resisten dan boleh membuat tubuh lebih langsing :

1) PISANG :

Di dalam banyak program diet, buah ini juga antara nama yang sering disebut-sebut sebagai penyumbang kepada kegemukan atau kenaikan berat badan. Justeru, kebanyakkannya menyarankan agar ia di elakkan daripada menjadi sebahagian daripada menu sihat mereka . Namun, tanpa sedar buah yang paling kaya denga pati resisten ini boleh membantu membakar lebih banyak kalori.

Ia amat kaya dengan serat yang menekan selera makan serta mengandungi asid amino triptofan. Zat tersebut akan di tukarkan menjadi bahan kimia serotonin yang berfungsi untuk menenangkanotak di samping membantu anda lebih relax serta meperbaiki mood anda.

2) KEKACANG :

Makanan ini amat di sarankan dalam menu sihat anda. Ini kerana, ia kaya dengan serat dan dapat di jadikan snek sihat d sela-sela waktu makan utama seperti di antara waktu sarapan pagi dan tengah hari, ataupun di antara waktu makan tengah hari dan minum petang.

Hampir setengah pati berasal daripada kekacang yang di kenali turut kaya dengan kanduna serat. Sebuah kajian di kanada mendapati bahawa orang yang makan kacang secara teratur , berat badannya cenderung berkurang dan memiliki ukuran pinggang yang lebih kecil. Di dapati juga orang yang mengamalkan makan kekacang juga berkemungkinan mengalami 23 peratus kurang kenaikan berat badan.

3) KENTANG :

Memang enak menikmati hidangan kentang. Pelbagai hidangan kentang seperti kentang lecek, kentang goreng ataupun kerepek kentag. Semuanya pasti enak di makan. Walaupun begitu, untuk mendapatkan manfaat daripada kentang yang boleh membantu membakar sejumlah kalori yang banyak , anda perlu bijak memilih hidangan kentang. Sebaik-baiknya, jauhi hidangan kentang goreng.

Kentang ini, selain mengandungi serat dan pati resisten, ia merupakan sumber semula jadi inhibitor proteinase iaitu bahan kimia semula jadi yang meningkatkan hormo kenyang sekali gus menekan nafsu makan. Jadi ,elakkan daripada 'merosakkan' manfaat kentang yang seharusnya amat baik untuk anda dapatkan kebaikannya.

4) BERAS MERAH:

Jarang benar orang memakan beras merah sebagai hidangan mereka berbanding beras putih. Beras merah sebenarnya sukar di cerna oleh tubuh dan ini bermakna ia lebih lambat di cerna berbanding beras putih. Ini membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Di dalam sebuah kajian juga mendapati bahawa kadar gula darah di ketahui 24 peratus lebih rendah pada mereka yang memakan beras merah berbanding mereka yang memakan beras putih.

5) BARLI :

Di Malaysia, barli lebih banyak di jadikan sebagai minuman, namun barli lebih banyak di makan oleh warga eropah. Ia merupakan sejenis gandum yang begitu kaa dengan pati resisten yang mengandungi serat. Seterusnya , ia dapat membantumengurangi nafsu makan dan membantu dalam proses pencernaan anda.

Thats all,




0 cakap-cakap:

 
Copyright © :::Perintis Senyum:::
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur